sumber ini dimbil dari blog yang menerangkan
perbezaan ori dan ap...
Perbezaan Original Set dan AP Set
Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan
samada handphone yang dijual di kedai original ataupun tidak?Ada yang
bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru itu, kami
ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharapa selepas anda membaca artikel
ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit.Jika
ada kesilapan info / maklumat kami minta maaf dan diharap dapat memberi
teguran.
DEFINISI
AP set (Authorized Product) ialah handphone yang
kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang
bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company
seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA
tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.
Original set pula adalah handphone yang original dan
diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf
adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan
Motorola yang sah.
Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan
original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO.
Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.
Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil
untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan
set original dipanggil set recondition (atau recond)
WARRANTY
Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan
warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN
untuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar.
Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.
Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company
seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka
sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific
Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini
wujud berdekatan tetapi tidak semua.
Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur,
pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun
mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific
solution kat senawang untuk dihantar ke sana.
Warranty Original set pula datangnya dari Zithron
atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUNtermasuk
trasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita
expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh
hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di
negeri itu.
HARGA
Harga ap set adalah lebih murah dari original
biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650.
Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk
membeli set AP disebabkan harganya.
Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP
set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan
menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia
kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s
lebih senang untuk mendapat warna hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626
datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu
yang seterusnya.
Tambahan :-
Underwater set Pernah dahulu menguasai pasaran
h/phone especially di kawasan bukit bintang dan pertama kompleks. Sekarang ini
sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap, underwater set ini adalah set
yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa
bulan yang diberi oleh kedai si penjual.
Recon set (atau recondition)
Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan
kemudian di jual dengan harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap
set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan,
walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya
setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah
dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk perangkap recon!
Membeli AP set atau original adalah bergantung
kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget
sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan
h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet
tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda.
regards,
hpmurah2u
7 Comments for "Ape itu handphone ori dan ap?"
heheh..tq dari hpmurah2u
steady hpmurah2u
alhamdulillah, faham!
thanks semua.jemput jadi follower dan sentiasa mengikuti perkembangan berita dari kami.
thanx 4 the info, next time klu
mampu beli smartphone bru kena
servayla dlu...mean, dr dlm smpai
ke luar spya x tertipu olh
peniaga yg tau menipu jea :)
mcm mne nk detect ori ke ap set utk smsung??
cara terbaik untuk tidak tertipu ialah beli di authorise dealer