Bila waktu paling kerap smartphone digunakan?

Bila waktu paling kerap smartphone digunakan 
Salam semua...

Hari ini nak story pulak bila smartphone kerap digunakan?pagi ke?tengahari ke?petang ke?..Jadi sumber maklumat ini telah dikeluarkan oleh Ericsson ConsumerLab, kajian yang telah dibuat bagi tempoh 18 bulan di US yang berjaya mendedahkan bahawa waktu popular penggunaan perkhidmatan bukan suara smartphone di kalangan pengguna.

Melalui data yangg telah berjaya dikumpulkan, pengguna lebih kerap menggunakan peranti mudah alih mereka pada waktu petang iaitu mencecah sehingga 65%, diikuti rapat dgn penggunaan pada waktu malam iaitu 64% dan 57% pada waktu tengahari.

Apa yang lebih mengejutkan sebanyak 26% atau satu perempat daripada pengguna smartphone telah menggunakannya pada waktu makan malam yg sepatutnya digunakan untuk bersama keluarga atau individu penting dalam kehidupan.

Apa yang pasti, kebanyakan pengguna smartphone telah menggunakan peranti mudah alih mereka pada waktu makan malam semata-mata nak mengakses perkhidmatan check-in yang sememangnya popular, termasuklah di negara kita sendiri!



Tag : Nokia
0 Comments for "Bila waktu paling kerap smartphone digunakan?"

Back To Top