HTC Tarik semula kenyataan! itu tajuk entri hari ini. Kalau sebelum ini HTC telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa HTC Desire akan kekal dioperasikan dengan Android 2.2 Froyo dan telah disahkan tidak akan menerima kemaskini Android 2.3 Gingerbread..
Menurut HTC, ketiadaan sokongan kemaskini Gingerbread pada HTC Desire adalah disebabkan oleh faktor memori yang tidak cukup untuk mengoperasikan Gingerbread dan juga Sense UI. Namun begitu, tidak sampai 24 jam berikutnya, HTC menarik semula kenyataan tersebut dengan mengumumkan bahawa kemas kini Android Gingerbread akan turut diperolehi oleh model tersebut.
Penarikan semula kenyataan awal HTC ini dikatakan berkemungkinan besar disebabkan oleh desakan dan juga ketidakpuasan hati yang tercetus di kalangan pengguna HTC Desire.
Tambahan lagi, jika dibandingkan dengan HTC Wildfire S yang dioperasikan dengan Gingerbread, nyata ia memiliki spesifikasi yg lebih rendah bebanding dengan HTC Desire iaitu CPU berkelajuan 600MHz, 512MB ROM.
Akhirnya HTC akur dengan kehendak pengguna dengan mengumumkan berita yang menggembirakan hati pengguna HTC Desire.
Tag :
HTC
0 Comments for "HTC Tarik semula kenyataan!"