Nokia Bicycle Charger Kit!

Salam semua...
malam ini,kami nak kongsi satu lagi teknologi canggih masa kini
Terbaru dari nokia,pengecas bateri nokia di basikal!cool kan?
Sekarang ni,kalau tengok kegilaan berbasikal dah jadi fenomena baru kat negara tanah tumpah darah kita kan..kalau di sekitar putrajaya ,merata-rata orang berbasikal .
So,benda ni sangat sangat lah sesuai untuk penunggang basikal.betul tak?
ha..charger ini khas untuk telefon bimbit yang ruang charger 2 mm...
Mesti semua tertanya-tanya kan macam mana ia berfungsi?
Caranya setiap kayuhan basikal itu akan menghasilkan tenaga pada dinamo dan menyalurkannya melalui charger ke handphone yang kita dah letakkan pada ruang khasnya...


Nokia Bicycle Charger Kit
Ha...charger tadi disambung terus ke bawah...bila roda berpusing...dari situ tenaganya terhasil,


nokia cycle charger    
 Ini tempat pemegang handphone.sangat kukuh dan senang disimpan bila tidak digunakan.

Pengecas ini akan mula mengecas sebaik sahaja basikal dikayuh pada kadar 6km/j atau lebih..

Menarik kan?
Sesiapa berminat boleh ke mana-mana nokia berhampirann..harganya bawah rm100.Kami pun tak tengok benda ini secara live lagi..kalau ada sesiapa dah tengok boleh la share..best tak?

p/s: kalau sesiapa tahu pengecas ini dijual online,bolehlah share diruangan komen.thank for viewing.

Tag : Nokia
0 Comments for "Nokia Bicycle Charger Kit!"

Back To Top