Smartphone Mempengaruhi Fokus Mata

Smartphone Mempengaruhi  Fokus Mata 
Salam.pagi ini nak post artikel yang diambil dari akhbar kosmo betajuk Smartphone pengaruhi fokus mata.
Kehadiran internet yang mudah diakses melalui smartphone atau Tablet PC bukan sahaja mengubah cara kita mendapatkan maklumat...tapi mempengaruhi daya fokus mata untuk melihat benda-benda..

Dibandingkan dengan membaca media cetak, kita selalu membaca teks di skrin dengan jarak yang dekat, padahal kebiasaan itu mempengaruhi kemampuan mata untuk melihat dengan jelas.

Dalam satu penyelidikan ke atas 129 pengguna smartphone, para pengkaji meneliti cara peserta membaca teks baik dalam format sistem pesanan ringkas (SMS) mahupun halaman internet..

Para pengkaji juga mengukur saiz teks dalam alat komunikasi tersebut untuk menentukan jarak yang paling sesuai untuk mata membacanya..

Ternyata, jarak yang sesuai untuk mata melihat teks skrin smartphone lebih pendek.
Untuk membaca SMS, jaraknya sekitar 36cm, manakala untuk membaca laman web jaraknya 32cm. Sementara untuk membaca surat khabar pula jaraknya adalah 40cm..

Menatap skrin smartphone dan gajet lain dengan terlalu dekat akan memaksa mata bekerja dengan lebih keras dalam mengatur titik fokusnya. Lama-kelamaan perkara ini akan menyebabkan mata penat, panas bahkan menyakitkan kepala..
Kajian ini dimuatkan dalam jurnal Optometry and Vision Science keluaran Julai 2011.



Tag : smartphone
0 Comments for "Smartphone Mempengaruhi Fokus Mata"

Back To Top