Model Mampu milik Nokia 500

Model Mampu milik Nokia 500

Salam...esok kita raya...hari ini sempat jugak nak tulis post berkenaan Model Mampu milik Nokia 500..macam menarik je..jom kita baca lagi..

Nokia tidak sekadar menumpukan kepada pembangunan telefon bimbit mewah sahaja tetapi Nokia terus unggul untuk mencipta peranti untuk pelbagai peringkat pengguna dan terutamanya peranti mampu milik..

Baru-baru ini Nokia telah memperkenalkan model mampu milik Nokia 500 yang hadir bersama kualiti serta prestasi unggul..ia dilengkapi dengan pemproses 1GHz pantas, kamera 5 Megapixel,dengan muzik dan hiburan terbaik serta dilengkapi dengan peta navigasi..

Selain itu juga,ia dilengkapi dengan sistem operasti Symbian Anna, perisian yang dipertingkatkan serta pelayaran web yang lancar..

Menurut Naib Presiden Nokia,Ilari Nurmi, kebanyakan peranti mampu milik dibangunkan dengan kualiti perkakasan dan pengalaman komunikasi komunikasi berkualiti rendah rendah. Tetapi Model kali ini membuktikan Nokia terus komited menghasilkan porfolio peranti pintar seumpamanya demi memenuhi keperluan pasaran jelasnya..

Bagi pengguna yang gemar dengan melayari internet dan rangkaian sosial,Nokia 500 telah tersedia bersama aplikasi Facebook dan Twitter pada paparan utamanya.

Yang membuatkan ia lebih menarik lagi, ia turut menyokong pembukaan banyak aplikasi pada satu-satu masa pertukaran aplikasi secara pantas dan tidak melambatkan perjalanan sistem..

Melalui teknologi peta Ovi terkini, pengguna model ini boleh mendapat panduan perjalanan di 80 buah negara.

Peranti ini juga akan memasuki pasaran negara menjelang penghujung suku ketiga tahun ini dan terdapat dua warna ditawarkan iaitu hitam dan putih...

regards,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
admin hpmurah2u

Tag : Nokia
0 Comments for "Model Mampu milik Nokia 500"

Back To Top