Salam...entri pertama hari ni berkaitan dengan keluaran Nokia akan datang..bertajuk..Nokia C9 coming soon..
Masih tiada maklumat rasmi bila ia akan dipasarkan..pereka smartphone ini adalah Shihuzaan yang mana dia telah mereka smartphone konsep untuk Nokia yang dikuasakan dengan platform Windows Phone 7.5 Mango..
Jika dilihat dari reka bentuknya, ia kelihatan mirip dengan iPhone 4 atau lebih tepat dengan iPhone 5, tapi hadir dengan skrin yang lebih besar..Jika dibandingkan smartphone ini dengan iPhone 5, spesifikasinya jauh lebih bagus kerana menyokong skrin sentuh penuh berukuran 4 inci dengan teknologi CBD AMOLED, pemproses A9 berkelajuan tinggi serta lensa kamera 8 Megapixel Carl Zeiss Optic dengan auto fokus dan flash..
Selain itu, peranti ini juga menyediakan lensa kamera depan 2 Megapixel untuk membuat panggilan video, servis OVI Store, OVI Maps, Opera Mobile 1.1 sambungan WCDMA dan juga WiFi..
Jadi kepada sesiapa yang melihat dan nak beli Nokia C9 Windows Phone 7.5 Mango Concept..marilah kita sama-sama tunggu keluarannya nanti..
regards,
admin hpmurah2u
Tag :
Nokia
0 Comments for "Nokia C9 coming soon"