Blogger Buat Duit Online

cara blogger buat duit online

Blogger buat duit online

Assalamualaikum dan salam sejahtera..tajuk blogger buat duit online yang dikemukakan oleh pihak Denaihati.com adalah merupakan cabaran terakhir kepada 70 peserta akhir cabaran iPhone 5s kali ini. Ia merupakan bonus kepada blogger-blogger yang dikira pakar SEO dan pakar buat duit online di Malaysia. Sebagai contoh blogger yang saya kagumi adalah Hasrulhassan.com. Melihat artikel-artikel yang beliau buat mengenai cara  blogger buat duit online memang banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya. Untuk makluman saya mula membuat blog ini dalam tahun 2011 rasanya. Sejak dari tahun tersebut sebenarnya saya ingin memulakan bisnes online menjual handphone. Itu pun boleh dikategorikan sebagai..

cara blogger buat duit online

Pada mulanya saya memang sangat teruja dan tak sabar-sabar untuk belajar buat blog. Manakan tidak..idea untuk membuat blog datang bila berjalan-jalan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Niat hati sebenarnya untuk servey harga handphone yang termurah pada masa itu. Tanya punya tanya setiap kedai di aras-aras yang menjual smartphone, memang kebanyakan mahal. Jadi secara tak sengaja saya terus merayau-rayau di belakang kedai yang sama level yang menjual smartphone tu. Maka, terjumpalah saya dengan beberapa kedai pembekal handphone. Tiba-tiba datang pulak idea di benak fikiran ni untuk menerbitkan sebuah blog yang dari dahulu hingga sekarang bernama hpmurah2u.com. Dalam fikiran masa itu dah terbayang dah cara buat duit online yang boleh mendatangkan keuntungan.

Proses pertama yang saya kena buat pada masa itu adalah dengan mendaftarkan perniagaan dengan SSM atau nama panjangnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Syarat untuk membeli dengan harga pembekal semestinya kena ada Sijil SSM tu. Bila dah selesai urusan dengan SSM maka bermulah langkah untuk membuat blog yang diimpikan masa tu.

Langkah pertama saya buat duit online

Bila dah ada SSM tu, apa lagi saya memang nak jadi blogger buat duit online. Tanpa membuang masa, saya pelajari cara-cara nak buat blog. Dari tahun ke tahun macam-macam ilmu yang saya dapat melalui blogger-blogger otai di Malaysia ni. 

Mengikut pengalaman saya sebelum ini, saya ada juga membeli sebuah buku bertajuk "Klik Untuk Kaya" di tulis oleh Rosli Jamal. Banyak sangat yang saya terdapat dalam buku tu, Antara ringkasan yang dapat untuk sesiapa atau blogger yang nak buat duit online atau perniagaan online adalah seperti berikut


Membina Perniagaan Internet
Langkah
Membina Perniagaan Internet
% Usaha Anda
1
Membuat Perancangan Perniagaan
5%
2
Membina Laman Web
10%
3
Transaksi Jual/Beli
5%
4
PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!
80%
Begitulah langkah untuk membuat duit secara online dengan menjual produk. Paling penting sekali adalah promosi.

Selain daripada itu, saya juga membuat duit online dengan mendaftar dengan Nuffnang. Pada mulanya saya terlihat di surat khabar yang menulis artikel berkenaan dengan blogger yang telah berjaya mendapat pendapatan yang lumayan melalui nuffnang. Memang teruja sangat dan terus saya letakkan iklan-iklan di blog.
Inilah yang saya dapat dari Nuffnang

bagaimana blogger buat duit online
Hah,nampak hasilnya kan?hahaha..tak banyak pun. Selain dari itu, blogger juga boleh buat duit online melalui program Affiliate seperti ashadee, Lazada, advertorial.my dan lain-lain.  Blogger yang saya kagumi bab-bab affliate ni tak lain tak bukan hasrulhassan.  First perenggan tadi dah puji beliau, kali ni memang kena puji dan kena ambil sebanyak ilmu dari blog beliau.

Paling best sekali kalau blogger nak buat duit online adalah dengan menyertai apa-apa giveaway atau peraduan yang dianjurkan mana-mana blog atau syarikat tertentu. Sebagai contoh Contest yang sedang berlangsung oleh Denaihati yang mana merebut iPhone 5s dan wang tunai. Lumayan dan memang kita tidak boleh lepaskan peluang keemasan ni.

Kalau yang minat dan nak tahu contest-contest terbaru boleh pergi kat emenang. Semua contest lah ada.

Memang banyak sangat cara blogger boleh buat duit secara online dan semuanya terpulang pada kreativiti kita untuk memikir cara atau jalan untuk berjaya buat duit.
Di bawah ni saya saja-saja sediakan glosari untuk rujukan bersama dan suka-suka, kalau salah tolong betulkan,

Affiliate
Peserta atau rakan kongsi yang berperanan sebagai ejen mempromosi dan menjual produk atau perkhidmatan pedagang yang mereka wakili dan menerima komisen dengan usaha mereka itu
Affiliate Program
Program yang menawarkan sistem perkongsian mempromosi dan menjual produk atau perkhidmatan kepada peserta atau affiliate
Ezine
Majalah Elektronik
Ebooks
Buku-buku dalam bentuk digital atau elektronik yang boleh dibaca, disalin atau dicetak dari komputer
Shopping Cart
Perisian sistem komputer yang membolehkan pembeli secara online menyimpan produk atau perkhidmatan yang ingin dibeli sementara waktu di internet. Ia boleh digambarkan seperti troli yang digunakan di pusat-pusat membeli belah
CGI ( Common Gateway Interface
Program di internet bagi tujuan menjalankan aktiviti penyediaan borang, mencatat aktiviti pelawat, menerima maklum balas pelawat dan menghantar maklumat dari laman web ke laman web lain.
Unique Selling Preposition
Adalah slogan jualan unik bertujuan mempamer dan menggambarkan keunikan sesuatu perniagaan

Oleh yang demikian, kita jangan putus asa untuk jadi blogger buat duit online. Sebelum mengakhiri artikel ini, diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Denaihati kerana melayakkan blog saya ke peringkat akhir cabaran iPhone 5s ini.

Untuk melengkap artikel dan sebagai syarat untuk Cabaran Terakhir iPhone 5s, disenaraikan senarai penaja untuk cabaran iPhone 5s kali ini
Tag : blog, online
10 Comments for "Blogger Buat Duit Online"

Hmm daripada apa yang tertera dalam entri ni, penting nak kena tahu semua benda2 tu, nak tahu kena ada ilmu. Bagus dapatkan sumber ilmu untuk buat duit online ni. Dah ada ilmu, praktik dengan istiqamah.

www.hasrulhassan.com

nak buat duit online kena rajin cari ilmu dan gabungkan dengan usaha yang konsisten :)

semoga berjaya :)

nampak kekaguman dekat blogger hasrulhassan , dua kali mention nama . but he deserves it .

semoga kita semua berjaya !! :D

tahniah bro kerana menerbitkan entri yang bagus dan berkualiti..semoga berjaya nanti

p/s : kod nombor untuk bagi komen boleh buang tak ?

Blogger Buat Duit Online - Selamat berjaya dalam kontest Cabaran iPhone 5S..:)

billion terima kasih sudi sambung cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
Semoga berjaya ya! ^__^

Paling best affliate rasanya...

semoga berjaya dlm contest ni

terima kasih...syukur...dah menang iphone 5s tu..hehehe

Back To Top