Android TV Pertama Di Dunia

Android TV Pertama Di Dunia

Salam...tinggal beberapa hari lagi nak raya..so, kami di hpmurah2u nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua..entri hari nak story pulak pasal android tv pertama di dunia. Kalau sebelum ini kita hanya tahu yang Android hanya ada pada smartphone sahaja tetapi sebuah pengusaha yang dikenali sebagai Geniatech telah memperkenalkan TV pertama milik mereka yang dioperasikan menggunakan Android 2.2 ( Froyo) yang dikenali sebagai Android TV.

Sebenarnya Android TV kelihatan mirip seperti Google TV atau Apple TV tetapi produk yang satu ini menggunakan Android OS di dalamnya di mana bukan sahaja boleh menonton televisyen, tetapi anda boleh melayari internet, mendengar muzik melalui media player.

Ia juga menyokong digital photo frame dan juga bermain game. Salah satu kelebihan yang ada pada Android TV ini adalah anda boleh download apa sahaja aplikasi melalui Android Market.
Setakat ini harga bagi Android TV ini belum diketahui..yang dah tahu harga tu jom la share kat sini...terima kasih...

regards,
admin hpmurah2u

Tag : android
0 Comments for "Android TV Pertama Di Dunia"

Back To Top